Klik "LIKE" di bawah

Jangan Lupa Klik  'LIKE'

Kelas Tart

Program Mentor Mentee Biskut Unik

HZ House Of Unique Cookies merupakan pakar dalam merekabentuk, membuat dan mengajar individu yang berminat menjana pendapatan separuh atau sepenuh masa dengan mengusahakan perniagaan sendiri dari rumah dalam pengkhususan produk ‘Biskut Unik’.

Melalui program mentor mentee biskut unik ini, kami menggunakan pendekatan Neur0-Linguistik Programming (NLP) untuk melatih dan mengajar mentee dalam menghasilkan biskut unik yang berkualiti tinggi. Teknik bayangan atau dalam NLP dipanggil Proses Visualisasi Diri dan Teknik Mengintegrasi Keputusan Minda Kepada Otot diketengahkan agar pengukuhan dan fokus pada tahap maksimum untuk menjadi usahawan biskut unik dalam diri mentee dapat disauhkan. 

Pada awal permulaan program, mentee akan didedahkan kepada sampel-sampel biskut unik secara melihat sampel biskut (V), memegang sampel biskut (K), menghidu bau biskut (O) dan akhirnya merasa sendiri keenakan biskut (G) yang bakal mereka lakukan sendiri. Setelah itu, mentee perlu melukis semula gambaran bentuk biskut unik dalam minda mereka diatas sekeping A4 kosong. 

Melalui program ini, proses pembuatan doh dan pewarna biskut unik akan diajar secara teori dan praktikal sehingga terhasilnya 12 jenis bentuk biskut unik yang akan dibawa pulang. Teknik merekabentuk biskut yang sangat mudah akan diajar sekalipun anda tiada kemahiran membuat biskut akan didedahkan oleh mentor kami. Selain daripada itu, kami juga membekalkan kit permulaan membuat biskut unik untuk mentee terus membuat latihan secara praktikal di rumah masing-masing.

Di akhir program, mentee akan diprogramkan dengan ‘Program Biskut Unik’ di dalam minda separa sedar mereka dimana program ini akan dipanggil secara automatik sebaik sahaja mentee mendapat tempahan biskut unik daripada pelanggan. 

Sekiranya mentee tidak dapat hadir atas alasan terlalu jauh, sukar keluar rumah dan sebagainya, kami juga menyediakan khidmat Program Mentor Mentee Biskut Unik Gaya Pos dimana kit permulaan membuat biskut unik, peralatan, resepi, modul khas langkah demi langkah merekabentuk biskut unik dan modul NLP akan diposkan melalui pos laju. Cuma doh dan pewarna perlu dihasilkan sendiri oleh mereka mengikut resepi yang dibekalkan. 

Yuran yang dikenakan untuk mengikuti program ini adalah RM 250 seorang seumur hidup selagi mana mentee menggunapakai ilmu dan kemahiran mereka dan menjadikan kami sebagai mentor dalam perniagaan biskut unik. Yuran ini adalah termasuk modul NLP, resepi, kit permulaan membuat biskut, peralatan mewarna & merekabentuk biskut unik. 

Program ini diadakan di Shah Alam, Selangor atau rumah mentee sekiranya ada yang memohon untuk kami ke tempat mereka jika penyertaan lebih daripada 3 orang. Ini bermakna, tiada alasan untuk diberikan jika benar-benar berminat mengusahakan perniagaan biskut unik ini.

Setakat program ini dilancarkan, kebanyakan mentee yang mendaftarkan diri adalah terdiri daripada wanita bekerjaya dan tidak terkecuali juga kami menerima penyertaan dari kaum Adam yang meminati bidang membuat biskut.


Harga Program Mentor Mentee Biskut Unik:- 
RM 250 Seorang Seumur Hidup

Harga adalah termasuk:-
- ~ 1 kg doh biskut unik yang sedap dan lembut
- 6 bekas pewarna termasuk pewarna
- 6 berus pastri
- 1 peralatan merekabentuk biskut unik
- 4 bekas hiasan biskut unik
- 1 bekas inti biskut unik

Apa lagi yang mentee akan dapat?
- Resepi rahsia membuat doh biskut unik yang lembut, gebu dan terbukti sedap
- Resepi rahsia membuat pewarna makanan yang berkilat dan terang
- Resepi rahsia membuat inti biskut unik
- Rahsia menjana income sekurang2nya RM 5,250 sebulan





Buat sesiapa yang berminat, sila hubungi kami di SINI